https://www.youtube.com/watch?v=KNLoMj9u8bE

GoUmrah.Travel Menyediakan Solusi Yang Menyeluruh

Anda boleh tentukan destinasi yang dituju, penginapan serta perkhidmatan yang diingini.

Pilih Penerbangan

Tempah penerbangan mengikut pilihan anda. Anda boleh sahaja memilih tarikh perjalanan mengikut kesukaan anda.

Pilih Hotel

Pilih hotel yang anda suka. Anda juga yang menentukan bilangan hari untuk penginapan.

Pilih Pengangkutan

Anda tentukan pilihan pengangkutan yang anda suka termasuklah transit lapangan terbang dan transit antara bandar.

Perkhidmatan-perkhidmatan lain

Anda memilih semua perkhidmatan lain mengikut keperluan anda termasuklah ziarah, penghantaran air zam zam, perkhidmatan perayauan serta banyak lagi.

SOALAN PANTAS

Apakah GoUmrah.travel?

GoUmrah.Travel merupakan satu enjin tempahan atas talian bagi perkhidmatan Umrah serta yang berkaitan dengannya. Ia merupakan satu platform layan diri yang membenarkan anda membuat tempahan secara fleksibel dan lebih lancar. Ia meliputi komponen-komponen utama yang berkaitan dengan Umrah.

Berapa lamakah tempoh yang diperlukan bagi membuat tempahan?

Ia bergantung kepada kepantasan dalam melakukan tempahan tersebut. Kebiasaannya anda boleh melengkapkan kesemua langkah tempahan dalam masa 20 minit.

Bilakah hari terawal bagi saya melakukan tempahan?

Platform tersebut memerlukan tempahan sekurang-kurangnya 21 hari lebih awal sebelum tarikh perjalanan. Anda tidak boleh menempah tarikh perjalanan seminggu selepas daripada permohonan.

Adakah GoUmrah.Travel memilik lesen perjalanan?

GoUmrah.Travel disokong oleh Sri Sutra Travel Sdn Bhd di Malaysia, dan ia merupakan satu nama yang mempunyai reputasi yang baik dalam industri pelancongan. Tiket, pemprosesan visa, urusan pentadbiran dan perkhidmatan-perkhidmatan lain dijaga dan diurus oleh Sri Sutra dan rakan kongsi yang terlibat.

Adakah saya boleh menempah tiket penerbangan sahaja?

Sebagai memenuhi syarat-syarat untuk pemprosesan visa, anda dikehendaki untuk mengikuti langkah-langkah bagi pengurusan visa:

Penerbangan balik
Penginapan
Transit lapangan terbang
Insuran perjalanan

Bagaimana pembayaran boleh dibuat?

Anda boleh membuat pembayaran melalui:

Kad Kredit (Visa / Master / AMEX)
Kad Debit (Semua kad debit Malaysia adalah diterima)

Adakah tempahan bersifat segera?

Ya, di GoUmrah.Travel segala tempahan adalah bersifat segera. Semua inventori (penerbangan, hotel, pengangkutan dan sebagainya) yang terdapat dalam sistem bersifat dinamik dan harga boleh berubah dari masa ke semasa mengikut permintaan dan keadaan semasa.

Adakah saya boleh membatalkan tempahan?

Pembatalan tempahan adalah dibolehkan tetapi caj pembatalan daripada setiap operator (penerbangan, hotel, syarikat pengangkutan, agensi pelancongan dan sebagainya) akan dikenakan. Caj pemprosesan yang minimum akan dikenakan bagi membatalkan tempahan tersebut.