PERUBAHAN HARGA MENGIKUT PERTUKARAN MATAWANG ASING

Harga semua pakej di dalam web ini adalah mengikut nilai matawang MYR semasa. Oleh kerana kadar nilai matawang MYR berubah berbanding US Dollar (USD) dan Saudi Riyal (SAR) atau lain-lain matawang berkaitan, harga pakej GoUmrah boleh berubah mengikut kadar nilaian MYR semasa berbanding nilaian matawang asing tersebut. GoUmrah berhak mengubah mana-mana harga pakej setelah memberi notis tidak kurang dari 7 hari sebelum tarikh penerbangan.

Servis GoUmrah :
  • Tiket penerbangan kelas pertama, perniagaan dan ekonomi.
  • Cukai Lapangan Terbang dan Surcaj bahan api.
  • Menguruskan permohonan Visa Umrah bagi warganegara Malaysia dan Penduduk Tetap tertakluk kepada kelulusan Kerajaan Arab Saudi tetapi tidak termasuk proses mengendors dokumentasi permohonan di jabatan pendaftaran dokumen dan Kementerian Luar Wisma Putra.
  • Penginapan, makan dan minum seperti yang akan dinyatakan di dalam surat pengesahan aturcara terakhir.
  • Segala lawatan di dalam surat pengesahan aturcara (kecuali Ziarah Pilihan)
  • Pelan takaful bagi kematian dan kemalangan berkelompok (Rujuk Perlindungan Takaful/Insurans)
  • Tertakluk kepada pihak berkuasa Arab Saudi, setiap jemaah (kecuali bayi) akan menerima 5 liter air zam-zam secara percuma. Walaubagaimanapun Go Umrah tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk mengganti sekiranya berlaku kehilangan atau  kerosakan air zam-zam di atas apa-apa alasan sepanjang perjalanan dari Tanah Suci ke Malaysia.
Tidak Termasuk:
  • Perkhidmatan tambahan di lapangan terbang (porter) dan di hotel.
  • Penggantian bagasi/barangan peribadi yang hilang dimana-mana lokasi sepanjang perjalanan
    (Notis: Jemaah perlu menjaga beg masing-masing semasa di dalam perjalanan)
  • Bayaran lebihan timbangan bagasi.
  • Sebarang perubahan kadar matawang asing dan kenaikan harga tiket penerbangan, cukai lapangan terbang dan/atau surcaj bahan api.
  • Tambahan caj visa bagi jemaah bukan warganegara Malaysia.
  • Makan minum semasa transit melainkan dinyatakan
  • Bayaran visa tambahan SAR2000.00 sekiranya dikenakan oleh Kerajaan Arab Saudi.
Para jemaah perlu menyediakan:

Dokumen 1, 2, 3 & dokumen tambahan mengikut keperluan

  • Passport Antarabangsa yang masih berlaku selama 6 bulan dari tarikh berangkat dengan 6 mukasurat kosong.
  • Gambar untuk Visa Umrah 4 keping bersaiz 4 x 6cm. berlatarbelakang putih dan saiz muka 80% (Lelaki:Tidak bersongkok /  Wanita: Bertudung)
  • Buku/Surat suntikan meningitis ACYW135.
Dokumen Tambahan sila rujuk jadual contoh mahram di bawah.

Note: Kesemua dokumen ini perlu diserahkan ke pejabat GoUmrah 21 hari sebelum hari penerbangan. (Bagi pakej bulan Ramadhan 21 hari sebelum 1 Ramadhan)

Pastikan salinan Sijil Nikah telah disahkan oleh:
  • Pejabat Agama (Bahagian Undang-undang Keluarga/Nikah, Cerai dan Rujuk/Bahagian undang-undang Syariah) dan
  • Wisma Putra (Kementerian Luar Malaysia)

Contoh mahram yang dibenarkan dan dokumen yang diperlukan:

JEMAAH MAHRAM DOKUMEN DIPERLUKAN NOTA
1 Isteri Suami §  Salinan sijil nikah §  Pastikan salinan Sijil Nikah telah disahkan oleh Pejabat Agama (Bahagian Undang-undang Keluarga/Nikah, Cerai dan Rujuk/Bahagian undang-undang Syariah)dan Wisma Putra(Kementerian Luar Malaysia)

§  Pastikan salinan Sijil Nikah tersebut jelas bagi mengelakkan keraguan oleh pihak Kedutaan Arab Saudi.

§  Surat akuan sumpah bagi menunjukkan hubungan suami-isteri tidak diterima oleh pihak Kedutaan Arab Saudi.

2 Ibu
(46 tahun ke bawah)
Anak  lelaki
(19 tahun ke atas)
§  Salinan Sijil Lahir anak lelaki tersebut §  Pastikan salinan Sijil Lahir tersebut telah disahkan oleh Pejabat Pendaftaran Negara (JPN) dan Wisma Putra
3 Anak perempuan 46 tahun ke bawah dan anak lelaki di bawah 18 tahun

Jika anak perempuan 15 tahun ke bawah dan lelaki 13 tahun ke bawah, ibu perlu ikut serta.

Bapa §  Salinan Sijil Lahir

§  Bagi perempuan yang telah berkahwin, perlu disertakan salinan sijil nikah yang disahkan oleh Pejabat Agama dan Wisma Putra serta surat izin (Letter of Consent) dari suami yang disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah dan Wisma Putra.

§  Suami isteri yang bawa anak lelaki dan perempuan bawah 18 tahun, sila sertakan salinan sijil nikah yang disahkan oleh Pejabat Agama dan Wisma Putra.

§  Pastikan salinan Sijil Lahir tersebut telah disahkan oleh Pejabat Pendaftaran Negara (JPN) dan Wisma Putra

§  Pastikan salinan Sijil Lahir tersebut jelas bagi mengelakkan keraguan oleh pihak Kedutaan Arab Saudi.

§  Surat akuan sumpah bagi menunjukkan hubungan anak dan bapa tidak diterima oleh pihak Kedutaan Arab Saudi.

 4 Anak perempuan 46 tahun ke bawah dan anak lelaki di bawah 18 tahun

Jika anak perempuan 15 tahun ke bawah dan lelaki 13 tahun ke bawah, ibu perlu ikut serta.

Adik-beradik lelaki berumur 19 tahun ke atas.

*Yang telah mencapai tarikh lahir pada tarikh proses permohonan visa

§  Salinan Sijil Lahir kedua-dua beradik

§  Surat izin (Letter of Consent) dari bapa

§  Sekiranya bapa telah meninggal, perlu disertakan sijil kematian bapa yang telah disahkan JPN dan Wisma Putra.

§  Bagi perempuan yang telah berkahwin, perlu disertakan salinan sijil nikah yang disahkan oleh Pejabat Agama dan Wisma Putra serta surat izin (Letter of Consent) dari suami yang disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah dan Wisma Putra.

§  Pastikan salinan Sijil Lahir tersebut telah disahkan oleh Pejabat Pendaftaran Negara (JPN) dan Wisma Putra

§  Pastikan salinan Sijil Lahir tersebut jelas bagi mengelakkan keraguan oleh pihak Kedutaan Arab Saudi.

§  Surat akuan sumpah bagi menunjukkan hubungan adik beradik tidak diterima oleh pihak Kedutaan Arab Saudi.

5 Anak tiri

*Ibu perlu ikut serta

Bapa Tiri §  Salinan Sijil Lahir anak tiri

§  Salinan sijil cerai ibu dan bapa kandung yang telah disahkan oleh Pejabat Agama dan Wisma Putra. Sekiranya bapa kandung telah meninggal dunia, sertakan sijil kematian bapa yang disahkan JPN dan Wisma Putra.

§  Salinan sijil nikah ibu kandung dan bapa tiri yang disahkan oleh Pejabat Agama dan Wisma Putra.

§  Surat izin (Letter of Consent) dari bapa kandung perlu disahkan oleh pesuruhjaya sumpah dan Wisma Putra serta lampirkan salinan kad pengenalan bapa.

§  Pastikan dokumen berkenaan telah disahkan oleh Pejabat Pendaftaran Negara(JPN) dan Wisma Putra

§  Pastikan salinan Sijil Lahir tersebut jelas bagi mengelakkan keraguan oleh pihak Kedutaan Arab Saudi.

§  Surat akuan sumpah bagi menunjukkan hubungan anak dan bapa tidak diterima oleh pihak Kedutaan Arab Saudi.

6 Anak saudara

Jika anak saudara perempuan 15 tahun ke bawah dan anak saudara lelaki 13 tahun ke bawah, ibu perlu ikut serta.

Bapa Saudara

Kedua-bdua belah keluarga (ibu/bapa)

§  Salinan sijil lahir anak saudara,

§  Salinan sijil lahir bapa saudara,

§  Salinan sijil lahir ibu/bapa yang menunjukkan hubungan.

§  Surat izin Letter of Consent dari bapa kandung sahaja perlu disahkan oleh pesuruhjaya sumpah dan Wisma Putra serta lampirkan salinan kad pengenalan bapa.

§  Pastikan dokumen berkenaan (sijil lahir) telah disahkan oleh Pejabat Pendaftaran Negara(JPN) dan Wisma Putra

§  Pastikan salinan Sijil Lahir tersebut jelas bagi mengelakkan keraguan oleh pihak Kedutaan Arab Saudi.

§  Surat akuan sumpah bagi menunjukkan hubungan anak dan bapa saudara tidak diterima oleh pihak Kedutaan Arab Saudi.

7 Cucu

Jika anak perempuan 15 tahun ke bawah dan anak lelaki 13 tahun ke bawah, ibu perlu ikut serta.

Datuk

kedua-dua belah keluarga(bapa/ibu)

§  Salinan sijil lahir cucu,

§  Salinan sijil lahir bapa/ibu yang menunjukkan hubungan.

§  Surat izin Letter of Consent dari bapa kandung sahaja serta lampirkan salinan kad pengenalan bapa.

§  Pastikan dokumen berkenaan telah disahkan oleh Pejabat Pendaftaran Negara(JPN) dan Wisma Putra

§  Pastikan salinan Sijil Lahir tersebut jelas bagi mengelakkan keraguan oleh pihak Kedutaan Arab Saudi.

§  Surat akuan sumpah bagi menunjukkan hubungan anak dan bapa saudara tidak diterima oleh pihak Kedutaan Arab Saudi.

§  Bagi bapa dan ibu yang telah meninggal salinan Sijil Kematian perlu disahkan oleh Pejabat Pendftaran Negara (JPN) dan Wisma Putra (Kementerian Luar Malaysia)

8 Anak angkat

*Ibu angkat perlu ikut serta

Bapa Angkat sahaja §  Salinan Sijil Anak Angkat (JPN) §  Pastikan dokumen tersebut telah disahkan oleh JPN dan Wisma Putra.

§  Pastikan salinan Sijil tersebut jelas bagi mengelakkan keraguan oleh pihak Kedutaan Arab Saudi.

§  Surat akuan sumpah bagi menunjukkan hubungan anak angkat dan ibu bapa angkat tidak diterima oleh pihak Kedutaan Arab Saudi.

9 Warganegara asing Pemastuatin Tetap (Permanent Residence)
Salinan Kad Pengenalan yang disahkan oleh JPN dan Wisma Putra atau Kad Pengenalan Original.Permit/Visa Pekerja (Employment Pass -Multiple Entry)
Surat pengesahan majikan yang telah disahkan oleh Notary Public dan Wisma Putra.
Surat pengesahan perlu berbahasa Inggeris.Visa Pelajar (Student Visa -Multiple Entry)
Surat pengesahan dari Kolej/Universiti/Sekolah yang telah disahkan oleh Notary Public dan Wisma Putra.Visa Keluarga (Social Visit/dependent Pass) (Multiple Entry)
Salinan Sijil Nikah/Sijil Lahir disahkan oleh kedutaan masing-masing dan Wisma Putra.Visa/permit perlu sahlaku 6 bulan ke atas dari tarikh permohonan visa.
§  Bagi pembantu rumah (Maid) majikan perlu ikut serta.

§  Visa perlu sahlaku 6 bulan ke atas

*Lain-lain kes sila rujuk kepada pegawai GoUmrah.
*Maklumat di atas mungkin berubah bila-bila masa mengikut keperluan Kedutaan Arab Saudi.NOTA§  Sebarang perubahan dokumen mahram tertakluk kepada pihak Kedutaan Arab Saudi§  Surat Izin (Letter of Consent) dalam bahasa Inggeris§  Pengesahan dari JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) boleh di buat di mana-mana cawangan.§  Pengesahan dari Pejabat Agama Islam boleh di buat di mana-mana pejabat agama bahagian Nikah, Rujuk, Cerai sahaja.§  Pengesahan dokumen dari Kementian Luar Negeri (Wisma Putra) boleh di buat di:Kementerian Luar Negeri Malaysia
(Bahagian Konsular)
Kompleks Wisma Putra
No 1, Jalan Wisma Putra,
Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62602 PutrajayaSabah Regional Office
Ministry of Foreign Affairs,
Block A, 7th Floor,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah,
Jalan UMS,
88400 Kota KinabaluSarawak Regional Office
Ministry of Foreign Affairs Malaysia,
Level 14, Bangunan Sultan Iskandar,
Jalan Simpang Tiga, 93300 Kuching
*Syarat-syarat terkini:
  • Wanita dibawah 46 tahun dan lelaki dibawah 18 tahun WAJIB pergi bersama mahram lelaki berumur 19 tahun ke atas.
  • Jemaah lelaki /perempuan bawah 18 tahun, Ibu dan bapa mesti pergi.
  • Jemaah wanita berumur 45 tahun tidak boleh mohon visa WOMEN GROUP. Women Group hanya boleh untuk Jemaah berumur 46 tahun ke atas
  • Peraturan 6 bulan sekali untuk umrah di kuatkuasakan mulai 21 Januari 2015
  • Consent letter – Hanya boleh diberi oleh sebelah bapa kandung sahaja. (bapa kandung, datuk sebelah bapa kandung, adik lelaki kandung dan bapa saudara sebelah bapa kandung)

* Jemaah yang pergi bersama adik beradik lelaki/datuk / bapa saudara / bapa tiri:

  • Sila download borang Letter of Consent untuk diisi.
  • Letter of Concent dari bapa kandung/suami untuk tumpang mahram bersama adik beradik lelaki /Datuk / Bapa Saudara / Bapa Tiri diminta penjaga tandatangan sendiri depan pesuruhjaya sumpah berdekatan.
  • Sertakan salinan kad pengenalan penjaga.

Di sini kami ingin memaklumkan supaya peserta / jemaah yang ingin keluar negara menyemak sendiri senarai nama yang disekat untuk keluar negara. (Blacklist : Hutang bank, PTPTN dll).

Ini untuk mengelakkan sebarang masalah berlaku ketika di imigresen.
Sila layari laman web Sistem Aplikasi Elektronik Jabatan Imigresen Malaysia:
http://sspi2.imi.gov.my/

Semakan Status Kawalan Imigresen
Laman web ini adalah untuk kemudahan warganegara Malaysia yang ingin menyemak status untuk mendapatkan kemudahan Imigresen bagi permohonan dokumen perjalanan dan perjalanan ke luar negara.

Permohonan pembatalan tertakluk kepada 3.2.1 dan 3.2.2 Jadual Keempat Akta Industri Pelancongan 1992 seperti berikut:

Perkara 3.2.1:
Pembatalan 45 hari atau lebih sebelum tarikh berlepas, fi pentadbiran minimum sebanyak RM 30.00 atau 2% daripada tambang pelancongan (mengikut mana-mana yang lebih tinggi) seorang akan dikenakan.

Perkara 3.2.2:

22-44 hari bekerja sebelum tarikh berlepas pelucutan deposit pelancongan
15-21 hari bekerja sebelum tarikh berlepas 35% daripada tambang pelancongan
08-04 hari bekerja sebelum tarikh berlepas 50% daripada tambang pelancongan
03-07 hari bekerja sebelum tarikh berlepas 75% daripada tambang pelancongan
02 hari bekerja atau kurang sebelum tarikh berlepas 100% daripada tambang pelancongan

Caj tambahan jika perlu:
Bayaran visa penuh, sekiranya bayaran visa telah dibuat.

PAKAIAN LELAKI PAKAIAN WANITA
Tuala Ihram 2 Telekong Solat 2
Tali pinggang 1 Mini Telekong 2
Baju Biasa 2 Baju Kurung 3
Baju Melayu 2 Baju Maxi 2
Singlet Berlengan 4 Baju Tidur & Seluar Panjang 2
Seluar Panjang 2 Stokin 3
Kain Pelikat 3 Sarung Tangan 1
Tuala Mandi 2 Tuala Mandi 2
Tuala Kecil 1 Tuala Kecil 1
Stokin 2
Selipar Getah 1 Selipar Getah 1
Kasut Biasa 1 kasut Biasa 1
LAIN-LAIN
Buku Doa (kecil) 1
Penyangkut Baju 5
Beg Pakaian(Besar)-Berkunci 1
Gunting Kecil 1
Beg Sejadah 1
Lencana Nama 1
Beg Bimbit Sederhana 1
Ubat Gigi 1
Berus Gigi 1
Sabun Mandi 1
Uncang Besar 1
OTHERS
Luggage Bag 1
Foldable Scissors 1
Toothpaste 1
Tooth Brush 1
Shower Gel 1
Shampoo 1