IHRAM
- Mandi Sunat Ihram(mensucikan diri dari hadis kecil & besar).
- Pakai pakaian Ihram.
- Buat niat untuk umrah atau haji.
- Bertalbiyah.
- Hindari perbuatan yang dilarang semasa dalam keadaan Ihram
IHRAM
UMRAH
RUKUN UMRAH
Sekiranya tertib rukun Umrah tidak dilakukan, maka Umrah nya tidak lengkap dan wajib melakukan semula mengikut tertib.
WAJIB UMRAH
LARANGAN SEMASA IHRAM
Pengabaian terhadap perkara-perkara wajib serta larangan semasa dalam ihram dengan sengaja adalah berdosa dan dikenakan Dam. Jika ditinggalkan dalam keadaan tidak sengaja, hukumnya tidak berdosa tetapi masih dikenakan Dam.
NOTA RINGKASAN
(1) Berniat Umrah di Miqat:
Miqat Makani (sempadan tempat) adalah tempat yang ditetapkan bagi seseorang yang hendak mengerjakan umrah melafazkan niatnya. Niat boleh dilafazkan pada mana-mana tempat sebelum sampai ke Miqat ini. Tetapi jika sudah melampaui Miqat ini, niat umrah masih boleh dilafazkan tetapi Dam berupa seekor kambing dikenakan.
Miqat bagi jemaah umrah dari Asia Tenggara (dengan kapal terbang):
Qarnul Manaazil – Lebih kurang 94km dari Makkah atau lebih kurang setengah jam perjalanan sebelum kapal terbang mendarat di Jeddah. Miqat ini adalah untuk jemaah yang terus ke Makkah setelah mendarat di Jeddah.
Bir Ali – (disebut juga sebagai Zulhulaifah) – Lebih kurang 10km dari Bandar Madinah atau lebih kurang 450 km dari Makkah. Miqat ini adalah untuk jemaah yang terus ke Madinah dan dari sana berniat ihram sebelum bergerak menuju Mekah. Ia juga menjadi Miqat untuk penduduk bandar Madinah itu sendiri.
Lain-lain miqat (dengan kapal terbang) ialah:
Al-Juhfah – Lebih kurang 187km dari Makkah . Ia menjadi miqat untuk penduduk Syam (Syria), Mesir dan negara-negara lain dari arah yang sama.
Zaatu ‘irqin – Lebih kurang 94 km dari Makkah. Miqat bagi penduduk Iraq.
Tawaf– Mengelilingi Kaabah dengamtujuh kali pusingan dalam arah lawan jam. Lelaki digalakkan untuk melakukan ini tiga kali pada kadar yang cepat, diikuti dengan empat kali, lebih rapat, pada kadar yang santai. Talbiyah– Ini adalah Doa yang dibacakan oleh para jemaah keatas kemuliaan ALLAH SWT.Talbiyah adalah seperti berikut:
“Labbayka Allaahumma labbayk, labbayka laa shareeka laka labbayk. Inna al-hamd wa’l-ni’mata laka wa’l-mulk, laa shareeka lak ”
Aku memenuhi panggilanMu ya Allah aku memenuhi panggilanMu. Aku memenuhi panggilanMu tiada sekutu bagiMu aku memenuhi panggilanMu. Sesungguhnya pujian dan ni’mat adalah milikMu begitu juga kerajaan tiada sekutu bagiMu.
GoUmrah.Travel merupakan solusi tempahan layan diri bagi perjalanan Umrah anda. Ia membenarkan anda mengatur pakej Umrah dengan mudah mengikut keperluan anda.
Daftar sekarang dan mulakan merancang untuk perjalanan seterusnya.
© 2017 GoUmrah.Travel - World's 1st Online DIY Umrah Booking Platform | Powered by TravelCompute
.